..

..

Followers

Friday, December 31, 2010

detik2 terakhir.!!!!!

.......................................
tetiba rasa sedih ade,happy ade..mcm2 yang de dalam kepala ni..
susah nk ungkapkan dengan kate2!!!!

Sunday, December 26, 2010

umt back!!!!!!!!!!!!

hmmmmmmm...subuh2 dah smpi umt..
sunyi giler..
x de orang sangat pon..
xpe2 malam ni berangkat p keyel plk..
hoho
malam td first tym x tido dalam bas..
enta la..rasa pelik jugak..
maybe nervous kot plus risau pasal bas..

Friday, December 24, 2010

stop dulu.....

blog senyap seketika..
bz di keyel..
hehehe,,
jalan2 cari makan2 bersama kawan2..
jum2x...

Saturday, December 18, 2010

eeee..Perlu Ke aDe JEles!!!!!!!!!!!

Aku tengok..
blog orang lain cantik2..
pandai mereka susun kan.
tapi blog aku masih lg x cantik...
cm ne ni..
hmmmmmmmmmmmm..
teringin nk buat yang cm 2,cm ni di blog sendiri tapi x reti.
tengok blog orang buat  reti je..
cam ni je yang mampu aku wat untuk blog aku..
xpe2..t dah lame2 aku pandai la..
(T_T)....




ciri orang berjaya(@@)

Ciri-ciri orang yang berjaya

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.
orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.
Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.
Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.
Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.
Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.
====
Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.

DAK INSTEP..~~

hai...semua..
hari ni update blog lg..
nk cete pasal kawan baru..
 bukan kekasih tau...
die nk sangat tengok pic die ade ni blog aku..
Aku pon tunaikan permintaan die.
Ala,saje2.g pon x tau nk update ape2..


alim x die..mcm ala2 ustaz..hohohooho..

ni serba sedikit tentang die..
Aku copy je dari fb die..hohohoho

KAte2 si Are mEerul:
Ssorang yang brperibadi kuat umpama besi wja smkin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cbran hidup smkin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Sseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan brkecai.....

lagi die stdy la..
masih single..
erm die duk kat alor star
stdy kat INStEP
TERENGGANU..

p/S:KEPADA SI ARE MEERUL.HOPE KAMU MEMBACA NUKILAN AKU NI..KHAS UNTUK KO..KEPADA YANG SUDI INGIN BERKAWAN GAN DIE CHAT WIT ME,HEHEHEHE.TQ.

termenung jauh dok pk sape awek...hohoho

DAA...,SEKIAN...




Friday, December 17, 2010

ABOUT LOVE

CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU.....
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Tuesday, December 14, 2010

woooooooo...ikan oh ikan...

hidangan yang kami makan....
hmmm.nyam2
sangat sedap

sotong celup tepung sedap
ikan siakap pon sedap
xtau nk makan yang maner..


hmmmmmmmm
ni family aku...
irah x nmpk.die kecik.hohohooho.


yeahhhhhhhhhhh.........
ari ni family aku p makan kat luar
makan ikan bakar..
macam2 yang mak aku order
siakap 3 rasa,sotong celup tepung,kerang rebus
otak2,ikan cencaru bakar,kupang dan nasi lemak
air sirap,fresh oren & air panas.
best giler..
kenyang nikmatnyer x tau nk kate.
sedap sangat.
dah la murah,
hmmmm
boley la kami p lagi..
serba sedikit aku upload pic ye..


dok posing b4 naik kete...



aku n my little sister...
die nk posing gan aku...
dah la tym ni aku nga gayut gan mekda...mekda harus la bangga...
event pic die xda.
ahahhahahaha

adik aku irah wat aksi yang cumel skali
muka2 ceria nk p makan ikan bakaq..
















Monday, December 13, 2010

(T_T)...sok sek family

sok sik.....
sok sik....
kisah pasal family aku
erm ade satu malam 2 kan
adik aku umur 6 taon 
ajaklah temankan tido..
aku pon temankanlah..
family aku yang lain dok bz tgk tv2
cete pasal buaya2 makan orang..
tengah nk tido kan adik aku..
TETIBA..............
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaa
aku mendengar suara mak aku menjerit.
aku malas la nk p dapur tengok.
tido jela
tapi adik aku yang 6 taon 2 p la dapur tgk.
cete buaya 2 sangat extreme la.
hmmmmmmmm
tapi yang paling lawak bagi aku adelah mak,adik2  aku 
x dapat tengok ending nyer...
hahahahhahahahahahahaha
itu semua disebabkan oleh adik aku dok terlonjak2 takut tengok buaya 
makan orang samapi pecah kepala
.......................bising.............
ayah aku terus tutup cete tu....
coz ayah aku x suka tengok cete kalo bising...
aku pulak terus dibuai mimpi..
besok baru mak dan adik2 ku cakap n cerita 
pasal buaya.cete punya cete rupanyer ending x tengok rupenyer..
hahahahahhahahahahaa.
sangat la kesian..........


Saturday, December 11, 2010

berfikir sejenak dengan kata2.

  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanya sekadar senyuman.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada 
    insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
    kepada bentuk asalnya. 
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah 
    untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

hmm..tenang bile tengok laut
di atas kabel car...langkawi.......















Thursday, December 9, 2010

erk........kenyang

malam2 ni aku p goreng ikan keli
.Dah lame x makan.
So my mum p beli la dan aku p goreng.
sedap.....


ikan ni masa belum di goreng...

after goreng..


peh....sedap.rasa makan nk lagi je..
hmmmm rugi sape yang x makan ikan keli..
...........
sekian untuk resepi malam ni..hoohohhoooho

cuti2 sem...toink2..

Aku sangat seronok bile cuti sem.Ade saje tempat2 yang aku family aku bawa p jalan2.Kebetulan hujung minggu yang lalu,makcik aku dari KL datang ke rumah kami.KOnon nak wat surprise la datang umah.Nasib la aku satu famliy ade rumah.Kami baru je pas balik kenduri kawen.Yela penat n kekenyangan makan lauk kenduri punyer pasal.2 malas nk p jalan2,tapi oleh kerana makcik datang,kami pon p la jalan2.Mula2 makcik ajak p wonderland.Tapi x jadi disebabkan oleh keramaian orang di disana.So kami tukar plan.KAmi pergi ke ZOO melaka.Wah.......sangat seronok.Dah lame x masuk zoo.hehehehehe..mcm2 gaye kami posing di sana.
ni mula2 sampai di pintu masuk zoo.Aku la yang tangkap pic ni.2 pasal x da pic aku.heheheheheheheheehhehehe
pastu jalan2 cikit nmpk burung kakak tua,aku lah yang berposing..yeah........comel gile burung itu

kemudian,kami jalan2 lagi ke depan tengok ade ape lagi di haiwan di zoo ni
ni mengkarung.

.

buaya yang sangat tajam ye giginyer.



bangau ni serius pandai berbaris dan tegak je ...
agaknyer mereka nk tunjuk yang mereka ni displin la kot
hahahahahahahaa..



gajah..
i miss to see u...
hohohoho.
bile tengok haiwan2 ni.
suka je.
xtaw la nape.


ni part yang aku paling suka.
Aku dan sepupu menaiki kuda.
Kuda 2 sangat la tinggi.
Die berumur 19tahun dan nama die kiki.
Aku dapat tau dari orang yang pegang kuda ini ketika aku menaikinyer..
best gile naik kuda.
2 la first time kot..


aku lupa la nama haiwan ni.
papepon die cumel.
Suka tengok ekor die.
dapat la pegang die..
best mcm kucing pon ade ekornyer la.


hahahahha
ni bile dah penat berjalan2 satu zoo.
ambik kau,lenguh2 satu badan.
x abis tengok semua haiwan pon..


dok depa2 duk penat aku n adik aku makan aiskrim smbl posing
hehehhe
entapape jer aku ni.,

hah..die sepupu aku kebuluq nk makan aiskrim 
setelah penat berjalan2...

ok la.ni serba sedikit jalan2 aku sepanjang cuti ni..
erm bile pergi berjalan seronok jer rasa.
yeah....
t ade jalan2 lagi..
hummmm
sekian..

love is cinta


Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu
Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu


sayang kamu....(@@)

Wednesday, December 1, 2010

terasa happy menguasai diri

tetiba rasa happy 
maybe sebab mood nk pulang rumah....
yep2..huray........
inilah saat yang ku tunggu.sok jawab je exam last pastu
boley kemas2 n pulang
walaupon t bile kat rumah kite
x dapat nk betemu gan kawan2..
kite masih boley berhubung..
kan....hehehehehehehe.

Sunday, November 28, 2010

"so tired"

argggghhhhhhhhhhhhhhh...
penat gile dowh
dok explore2 blog punya features ni..
dari pukul 10malam sampai la pkul
2 pagi.
xsedar pon rasa dah lame rupenyer..
blog aku ni x la cantik mane pon..
aduhai2...cm ne la nk bagi cantik lg erk...
any idea x..
wat cm ni serabut kat cini..
wat camtu serabut kat citu....

 kalo baca
 nota law pon dah dua chapter
hahahahhahahahahaha
hari
sangat la buang masa bersama blog aku ni.
xpe2 untuk kepuasan aku jugak..
erm mata pon dah penat ni..
nk titun dulu daa........



Saturday, November 27, 2010

myBFF

Kepada kamu cik DEeba nur,..


aku x pkse untuk kamu membuka komen itu.

tp ape salahnyer kan..

apa2pun tq eh..

tp xyah la berkod2 4 comment,b
uang eh

hehe.....



"a best friend is like 
4 leaf clover hard
find and lucky
to have"




miss u ...dear.i hope i will see u again...('',)






cuaca sejuk plus memikirkan result yang akan kuar nanti"

hari2 pon nk hujan.,.........
sejuk.
sangat x suka
ape2 aku tinggal lagi satu paper.
sangat suka walaupon xtau result die cm ne lg.
yang penting biar la happy dulu.hehe.
mood hari ni appy so nk enjoy2 dulu la wit kawan2.
daaa...sekian.
('',)
"hujan bagaikan mutiara"



Thursday, November 25, 2010

bergayut x ingat dunia

 hari ini x ingat

dunia..

gayut je..

sok lusa ade exam

mak.help me......

 celcom ni..

huhuuhuhuuhuhu..

apa2 pon aku suka..


tq celcom

aku sangat mencintaimu...



telephone ku..wawawawawawawa



masa berlalu pantas...

waahhhhhhhhhhhhhhhhh.seronok rasa...

cuti sem sudah hampir datang........

xsabar nk pulang ke rumah....

Rasa kejap je dah sem 5 

dan mau masuk

sem baru

sem 6

..


mcm x percaye je sudah hampir ke alam keje....
bile dah hampir sampai alam keje haruslah fikirkan calon suami...







''

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...